Bulan Ramadhan ialah bulan di mana Allah telah menjanjikan pelbagai rahmatnya akan diturunkan kepada umatnya yang bergelar Islam di mana syaitan-syaitan telah dikunci dan pintu kerahmatannya telah dibuka seluas-luasnya.
Sebagai seorang umat Islam,MBS juga tidak terlepas dari kewajipan menunaikan ibadah puasa ini memandangkan ia adalah merupakan salah satu rukun Islam.
Tetapi untuk post kali ini,MBS tidaklah mengfokuskan sangat tentang hikmah kita bepuasa di bulan Ramadhan ini kerana MBS tahu pembaca sekalian lebih mahir dari MBS tentang hikmah yang kita dapat dalam bulan yang penuh barakah ini.
Cuma MBS mahu berkongsi sedikit ilmu dengan para pembaca tentang cara kita untuk mengekalkan ibadah kita di bulan puasa kerana seperti yang lazim berlaku di Malaysia khususnya,10 solat tarawikh yang pertama,suasana di setiap masjid sangat meriah kerana dihadiri oleh segenap lapisan masyarakat umat islam untuk menunaikan tarawikh.
Tapi apabila sudah lebih daripada 15 ramadhan dan keatas kita dapat melihat bilangan susutan jemaah yang berpusu-pusu ke masjid walhal kita sudah mengetahui bahawa Allah akan menurunkan rahmatnya lebih banyak pada penghujung Ramadhan dan juga satu malam yang penuh barakah iaitu Malam Lailatul Qadar.Tetapi kenapakah perkara ini berlaku pada umat bangsa Melayu yang bergelar Islam pada hari ini?
Pada pendapat MBS,ini kerana mereka sudah lupa untuk melakukan Istiqamah.Seperti yang kita tahu Istiwamah bermaksud melakukan sesuatu perkara secara konsisten dan Allah lebih menyukai dan menyayangi hambanya yang melakukan ibadah secara berterusan berbanding mereka yang melakukan pelbagai ibadah dalam satu malam kemudian meninggalkannya pada hari yang berikutnya.
MBS ingin berkongsi sedikit ilmu yang MBS ada dengan para pembaca sekalian,tahukah anda apakah itu keramat?
Keramat atau karamah ini adalah satu kelebihan yang dikurniakan Allah kepada hambanya yang terpilih.Tetapi ia diberi pastinya kepada hambanya yang bergelar manusia biasa dan bukannya nabi kerana seperti yang kita maklum kelebihan yang diberikan allah kepada nabi digelar mukjizat dan ia adalah satu tahap yang berbeza dengan karamah.
Tetapi bukan karamah yang menjadi fokus pada kali ini,tetapi MBS ingin menceritakn bahawa melakukan perkara secara Istiqamah akan mendapat darjat yang lebih tinggi di sisi Allah daripada karamah.Seperti yang saya nyatakan sebentar tadi,Allah menyayangi hambanya yang sentiasa konsisten melakukan kebaikan di sisiNya.
Jadi dalam bulan Ramadhan ini,marilah kita berlumba-lumba mencari keredhaan Allah dan juga mencari keberkatannya dan sesungguhnya kita hendaklah melakukan sesuatu kebaikan itu secara berterusan agar kita dapat menjaga diri kita dari dibelenggu oleh mush nyata dan tidak nyata.
Itulah saja sedikit bingkisan dari MBS mengenai diri kita untuk menghadapi Ramadhan yang penuh berkat ini.
P/S: Ucapan terima kasih kepada roommateku,Huzaifi,Khir dan Adam yang sudi berbuka puasa bersamaku di Tanjung Lumpur pada hari pertama puasa Ramadhan pada tahun ini.
Juga ingin MBS luahkan sedikit kata-kata kepada saudari MS supaya menjaga kesihatan di dalam bulan Ramadhan ini.Bertadarus,bertarawikh,solat sunat adalah perkara yang MBS tau MS akan lakukan sebagai ibadah di bulan puasa ini tetapi ingatlah setiap saat perbuatan kita juga dikira ibadah asalkan niat kita adalah kerana Allah.Sesungguhnya MBS berharap MBS dapat membawa MS ke jalan yang diredhai Ilahi......