BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Friday, November 26, 2010

info fadilat membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat

Assalamualaikum

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa yang membaca Surah Al-Kahfi (pada hari Jumaat) beliau akan memperoleh cahaya daripada tempatnya hingga ke Makkah."

Daripada Abu Said al-Khudri, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat nescaya akan diterangkannya dengan satu cahaya di antara dua Jumaat."

Daripada Ibn Umar, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat nescaya akan dipancarkannya cahaya dari bawah kakinya hingga ke awan di langit yang memancarkan cahaya terang kepadanya pada hari Kiamat dan diampunkan dosanya di antara dua kali Jumaat."

InsyaAllah..sama-samalah kita amalkan untuk membaca surah-surah di dalam Al-Quran..Banyak fadilatnya


sumber: Denyut kasih medik, telaga biru


Waalaikumussalam

0 comments: