BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, May 29, 2011

Seloka Jenaka Malang....2

Post ini berkaitan dengan yang hidup sama sekali,=)

Bismillahirrahmanirrahim....


Kisah Dua;Minggu Kedua Bekerja......

Pada suatu petang Khamis yang hening dan damai,Bobbie dan Peace sekali lagi menjalani aktiviti seperti minggu lepas.Cuma kali ini mereka tidaklah pergi ke UOOM lagi.Tetapi beralih arah pula ke Pusat Bandaraya KL di mana Peace ingin membaiki laptopnya yang sudah kerosakan skrin.

Jadi seperti biasa,mereka pun menaiki motor kepunyaan Bobbie dan pergi ke satu pasaraya komputer terbesar di KL untuk membaiki laptop Peace.Mereka berpuasa pada hari itu dan tiba di Pasaraya Komputer Terbesar itu menghampiri waktu Maghrib.Setelah sampia di pasaraya itu,merka pun mengusha tempat yang sedap untuk berbuka puasa dan akhirnya mereka bersetuju untuk berbuka di sebuah kedai yang bernama Kedai Bandar Lama Kopi Putih(Sila terjemahkan sendiri dalam Bahasa Anda ye,i mean English hehe).

So mereka pun berbukala dan menikmati makanan berbuka puasa dengan sedapnya.Selepas itu mereka bersolat di suaru B2 pasaraya itu.Selepas itu operasi mencari kedai untuk membaiki skrin laptop Peace pon bermula.Carik punya carik.naik tingkat demi tingkat akhirnya jumpa jugak satu kedai ni.Tinggal laptop di situ dan kami menunggu sehingga siap.

Nak dipendekkan cerita selepas dicaj lebih rm300,skrin laptop Peace pon dah siap.Mereka pon ingin pulang ke taman perumahan yang indah itu.Sampai je mereka di motor,mereka melihat hanya helmet Bobbie berada di motor manakala helmet Peace sudah dicilok.Baik Punya Cilok. Mereka pon berada dalam keadaan gelisah kerana jam sudah menunjukkan 10 malam dan kedai2 motor2 konpem2 sudah tutup.

Akhirnya dengan nekad yang berani,Peace dan Bobbie pun merempit dari KL-Puchong dengan Peace hanya memakai cap kepunyaan Bobbie. Nak dijadikan cerita lagi,dalam perjalanan ke Puchong itu,di satu highway ada satu teksi memintas motor kami dan semua penumpang ydi dalam teksi itu yang berbangsa Bangladesh melihat kami dengan pandangan yang sangat pelik.Yela xpakai helmet kat KL,saya pon pelik tengok.hehe

Dan akhirnya perjuangan berani mati itu selamat jua akhirnya tiba di taman perumahan kami.

Mereka pon berbincang sesama sendiri dan membuat konklusi bahawa malam Khamis memang malam berbahaya.Mungkin hikmahnya adalah menyuruh mereka membaca Yasin atau berzanji n tahlil instead of keluar berseronok di KL.hehe

Akhir sekali saya ingin mengatakan bahawa hidup di Bandar memang mencabar.

Sekian untuk kali ini.

Assalamualaikum...

Seloka Jenaka Malang....

Post ini berkaitan dengan yang hidup sama sekali,=)

Bismillahirrahmanirrahim....

Kisah Satu;Minggu Pertama Bekerja......

Pada suatu hari,di petang Khamis yang mendung redup dan angin sepoi2,Bobbie(bukan nama sebenar) dan Peace(bukan nama sebenar jugak) telah merancang untuk mengambil motosikal kepunyaan adik Peace di sebuah kampus Universiti Orang-Orang Melayu,UOOM(bukan nama sebenar jugak) di Shah Alam. Perjalanan dari tempat kerja di Cyberjaya ke Shah Alam mengambil masa setengah jam.Walaupun Bobbie dan Peace dalam keadaan tidak tahu halatuju menuju ke Shah Alam namun sampai jugak akhirnya ke kampus tetap UOOM itu.

Peace pon berjumpa dengan adiknya dan mengambil motosikal kepunyaan adiknya itu memandangkan adiknya sudah habis exam dan ingin pulang ke rumah.

Nak dijadikan cerita, dalam perjalanan pulang ke rumah dari Shah Alam,tidak semena-mena hujan lebat pon menimpa di bumi KL dan Selangor.Berbekalkan baju hujan,Peace dan Bobbie pon meredah suasana highway yang sesak itu dengan berskill tapi masalahnya mereka pon xtahu jalan pulang ke rumah di Puchong itu.Jadi redah punya redah punya redah akhirnya nampak jugak signboard ke taman p.p(nama dirahsiakan untuk mengelakkan sebarang keburukan berlaku,haha). Dan dalam 10 km lagi nak sampai ke taman perumahan mereka,
Bobbie dan Aman pon brek mengejut dengan motor masing2 kerana tidak nmpak trafik light sudah berwarna merah.Motor Bobbie yang digelar Mr.Red dapat melakukan emergency dengan baik.Maklumlah pemandu cekap.Tetapi motor Aman yang baru diambil dari adiknya itu tanpa disedari tidak dapat dikawal dan akhirnya Peace terjatuh di jalan berhampiran trafik light.Bobbie tidak menyedari pada mulanya tapi kemudian berpusing ke belakang dan nampak Peace dalam kesakitan lalu Bobbie mengundurkan motornya dan menghampiri Peace.Bobbie bertanya pada Peace adakah masih mampu meneruskan perjalanan dan Peace mengangguk.Mereka bergerak dalam keadaan perlahan dan akhirnya sampai di Taman Perumahan mereka.Berpandukan pada gerak hati Bobbie akhirnya mereka sampai ke Klinik P.P.Peace akhirnya menerima rawatan dari doktor dan dapat cuti untuk sehari.

Kesiankan pada Peace,ish3 Bala2


Tuesday, May 24, 2011

Latihan Industri

Bermula 16 Mei 2011,bermulalah satu lembaran baru dalam sejarah hidupku apabila telah memulakan Latihan Industri atau pun dikenali sebagai praktikal. Untuk pengetahuan, praktikal ini diselaraskan untuk semua IPTA di Malaysia.


Aku telah memohon untuk LI di sebuah syarikat microelectronics iaitu IC Microsystems Sdn Bhd.Jadi bermulalah episod diriku keluar dari negeri Pahang Darul Makmur buat pertama kalinya dalam sejarah hidup aku hehe.Jadi ak dan rakan sekelasku telah tinggal di sebuah rumah sewa di sekitar Puchong iaitu Taman Putra Perdana.Pada hari kemasukan ke rumah tu,memang sesat jugak aku dan keluarga nak mencari tempat ni,maklumlah tak familiar dengan kawasan bandar pesat membangun macam Kuala Lumpur ni.Cari punya cari akhirnya jumpa jugak dan alhamdulillah rumahnya selesa la untuk kami tinggal.

Jadi pada hari berikutnya aku pun mula bekerja dan memang hari pertama di mana-mana pun serupa.Sama ada masuk darjah satu,tingkatan satu,pelajar universiti tahun satu,kerja hari pertama sentiasa merupakan hari yang paling membosankan dan paling santai.

Kemudian setelah beberapa hari kami mula diberikan assignment dan kerja untuk diselesaikan.Yang bestnya kerja kat sini,semua kerja dalam pejabat,mengadap computer dari 8.30 pagi sehinggalah 5.30 petang setiap hari dan uniknya lagi,latihan industri di IC MIC ini ialaha semua pelatih ditempatkan dalam satu pejabat dan tidak bercampur dengan pekerja company ini sendiri.Ini kerana company ini merupakan company yang design integrated circuit.So in order nak expert dalam company,a guided training have been given to us so that in the future we can become one of the employee.

Tambahan lagi, selepas melengkapkan 3 bulan training,kami akan diberikan sijil yang mengatakan kami sudah mahir menggunakan software2 yang diberikan.Jadi itu sudah satu advantage kepada kami pada masa hadapan.Cuma kekurangannya ialah kami tidak dapat banyak pengalaman berbanding pelajar lain yang bergaul dengan pekerja2.Tapi xkisahlah,by hook or by crook,lambat laun kami akan hadapinya jugak.

Jadi setelah bekerja di office ni,terasa la kejap diri macam pekerja korporat,walaupun hakikatnya hanyalah budak praktikal.hehe. aku jugak ambil masa ni untuk putihkan kulit sebelum pergi tauliah untuk kor inspektor suksis nanti di UTM Skudai.Insyaallah kalau ada rezeki la kan hehe.

Jadi di situ sajalah post saya untuk kali ini.Semoga berjumpa lagi di lain hari.Bubye....

Monday, May 23, 2011

Ku Menunggu....

Ku Menunggu,ku menunggu mu...lalalalalala,


Sepotong lirik yang x berapa ingat dipetikkan untuk pengenalan entry post kali ni,lagunya bertajuk Ku menunggu yang dinyanyikan olen Mbak Rossa.Cewahh speaking Indon kejap hehe.Tapi bukan topik tu yang ingin dibualkan dalam post kali ni.Tapi cerita berkenaan diriku,dia dan kesabaran menunggu hee.

Bunyi macam x sedap,tapi whateverr.janji tajuk kan hehe.Sekarang ni dah makin ramai student yang kahwin time belajar.Memang satu perkara yang bagus tapi harus diingat bukan semua orang mempunyai kemampuan sebegitu.Aku juga terlibat dalam konflik sebegini,maklumlah aku sekarang dah berpunya.hehe jadi mestilah kadang2 bila dengar kawan dah nak kahwin,terasa jugaklah cemburunya kan,sape x jeles kan dapat kahwin,huhu.

Tapi tanggunggjawab tetap tanggungjawab dan dugaan adalah sebahagian darinya.Jadi untuk diriku yang tak berasal dari keluarga mewah,jadi ku tidak mampu melakukan sebegitu iaitu berkahwin di waktu belajar.Banyak perkara yang harus difikirkan.Begitu juga dengan dirinya yang memahami diriku dan memandangkan ibunda kami jugak mengatakan bahawa kahwin time kerja,jadi kami akan cuba bertahan sedaya upaya kami dalam perhubungan ini supaya kata-kata dariku untuk memperisterikannya akan menjadi kenyataan.Yela nak jaga hubungan bukan senang.Sape cakap senang?susah tu,hehe

Jadi kepada yang nak mencari pasangan ni,ingatlah,banyak perkara kita kena korbankan demi menjaga kebahagiaan tapi tula,kita dah pilih jalan ini,jadi jangan pernah menyesalinya.So itu yg saya lakukan kerana saya sangat menyayangi dirinya.Mana taknya,setiap hari,setiap waktu,setiap detik,setiap minit asyik wajahnya bermain dalam fikiranku.Dan aku harap ia akan sentiasa bermain dalam fikiranku sehingga diriku menghembuskan nafas yang terakhir.hee

Jadi di sini saya cuma mahu menasihati pasangan yang sedang hangat bercinta tu,sabarlah dalam proses menunggu ni,5 tahun? xpe xlamanya if di hujungnya kebahagiaan menanti,dan jika bukan kebahagiaan pon pastikan dirimu sudah bersedia dan tabah untuk menghadapi segala kemungkinan.Yelah,kita hanya merancang tapi ketentuannya bukan dari kita.

Renung-renungkan dan selamat beramal.

p/s : Makcik,pakcik harap makcik akan selalu menunggu pakcik ye,xkira berapa lama,tapi pakcik akan berusaha untuk bahagiakan makcik selagi hayat dikandung badan tau,miss u a lot,=)