Ku Menunggu,ku menunggu mu...lalalalalala,
Sepotong lirik yang x berapa ingat dipetikkan untuk pengenalan entry post kali ni,lagunya bertajuk Ku menunggu yang dinyanyikan olen Mbak Rossa.Cewahh speaking Indon kejap hehe.Tapi bukan topik tu yang ingin dibualkan dalam post kali ni.Tapi cerita berkenaan diriku,dia dan kesabaran menunggu hee.
Bunyi macam x sedap,tapi whateverr.janji tajuk kan hehe.Sekarang ni dah makin ramai student yang kahwin time belajar.Memang satu perkara yang bagus tapi harus diingat bukan semua orang mempunyai kemampuan sebegitu.Aku juga terlibat dalam konflik sebegini,maklumlah aku sekarang dah berpunya.hehe jadi mestilah kadang2 bila dengar kawan dah nak kahwin,terasa jugaklah cemburunya kan,sape x jeles kan dapat kahwin,huhu.
Tapi tanggunggjawab tetap tanggungjawab dan dugaan adalah sebahagian darinya.Jadi untuk diriku yang tak berasal dari keluarga mewah,jadi ku tidak mampu melakukan sebegitu iaitu berkahwin di waktu belajar.Banyak perkara yang harus difikirkan.Begitu juga dengan dirinya yang memahami diriku dan memandangkan ibunda kami jugak mengatakan bahawa kahwin time kerja,jadi kami akan cuba bertahan sedaya upaya kami dalam perhubungan ini supaya kata-kata dariku untuk memperisterikannya akan menjadi kenyataan.Yela nak jaga hubungan bukan senang.Sape cakap senang?susah tu,hehe
Jadi kepada yang nak mencari pasangan ni,ingatlah,banyak perkara kita kena korbankan demi menjaga kebahagiaan tapi tula,kita dah pilih jalan ini,jadi jangan pernah menyesalinya.So itu yg saya lakukan kerana saya sangat menyayangi dirinya.Mana taknya,setiap hari,setiap waktu,setiap detik,setiap minit asyik wajahnya bermain dalam fikiranku.Dan aku harap ia akan sentiasa bermain dalam fikiranku sehingga diriku menghembuskan nafas yang terakhir.hee
Jadi di sini saya cuma mahu menasihati pasangan yang sedang hangat bercinta tu,sabarlah dalam proses menunggu ni,5 tahun? xpe xlamanya if di hujungnya kebahagiaan menanti,dan jika bukan kebahagiaan pon pastikan dirimu sudah bersedia dan tabah untuk menghadapi segala kemungkinan.Yelah,kita hanya merancang tapi ketentuannya bukan dari kita.
Renung-renungkan dan selamat beramal.
p/s : Makcik,pakcik harap makcik akan selalu menunggu pakcik ye,xkira berapa lama,tapi pakcik akan berusaha untuk bahagiakan makcik selagi hayat dikandung badan tau,miss u a lot,=)
0 comments:
Post a Comment