BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, May 29, 2011

Seloka Jenaka Malang....

Post ini berkaitan dengan yang hidup sama sekali,=)

Bismillahirrahmanirrahim....

Kisah Satu;Minggu Pertama Bekerja......

Pada suatu hari,di petang Khamis yang mendung redup dan angin sepoi2,Bobbie(bukan nama sebenar) dan Peace(bukan nama sebenar jugak) telah merancang untuk mengambil motosikal kepunyaan adik Peace di sebuah kampus Universiti Orang-Orang Melayu,UOOM(bukan nama sebenar jugak) di Shah Alam. Perjalanan dari tempat kerja di Cyberjaya ke Shah Alam mengambil masa setengah jam.Walaupun Bobbie dan Peace dalam keadaan tidak tahu halatuju menuju ke Shah Alam namun sampai jugak akhirnya ke kampus tetap UOOM itu.

Peace pon berjumpa dengan adiknya dan mengambil motosikal kepunyaan adiknya itu memandangkan adiknya sudah habis exam dan ingin pulang ke rumah.

Nak dijadikan cerita, dalam perjalanan pulang ke rumah dari Shah Alam,tidak semena-mena hujan lebat pon menimpa di bumi KL dan Selangor.Berbekalkan baju hujan,Peace dan Bobbie pon meredah suasana highway yang sesak itu dengan berskill tapi masalahnya mereka pon xtahu jalan pulang ke rumah di Puchong itu.Jadi redah punya redah punya redah akhirnya nampak jugak signboard ke taman p.p(nama dirahsiakan untuk mengelakkan sebarang keburukan berlaku,haha). Dan dalam 10 km lagi nak sampai ke taman perumahan mereka,
Bobbie dan Aman pon brek mengejut dengan motor masing2 kerana tidak nmpak trafik light sudah berwarna merah.Motor Bobbie yang digelar Mr.Red dapat melakukan emergency dengan baik.Maklumlah pemandu cekap.Tetapi motor Aman yang baru diambil dari adiknya itu tanpa disedari tidak dapat dikawal dan akhirnya Peace terjatuh di jalan berhampiran trafik light.Bobbie tidak menyedari pada mulanya tapi kemudian berpusing ke belakang dan nampak Peace dalam kesakitan lalu Bobbie mengundurkan motornya dan menghampiri Peace.Bobbie bertanya pada Peace adakah masih mampu meneruskan perjalanan dan Peace mengangguk.Mereka bergerak dalam keadaan perlahan dan akhirnya sampai di Taman Perumahan mereka.Berpandukan pada gerak hati Bobbie akhirnya mereka sampai ke Klinik P.P.Peace akhirnya menerima rawatan dari doktor dan dapat cuti untuk sehari.

Kesiankan pada Peace,ish3 Bala2


0 comments: