Sunday, May 29, 2011
Seloka Jenaka Malang....2
Post ini berkaitan dengan yang hidup sama sekali,=)
Bismillahirrahmanirrahim....
Kisah Dua;Minggu Kedua Bekerja......
Pada suatu petang Khamis yang hening dan damai,Bobbie dan Peace sekali lagi menjalani aktiviti seperti minggu lepas.Cuma kali ini mereka tidaklah pergi ke UOOM lagi.Tetapi beralih arah pula ke Pusat Bandaraya KL di mana Peace ingin membaiki laptopnya yang sudah kerosakan skrin.
Jadi seperti biasa,mereka pun menaiki motor kepunyaan Bobbie dan pergi ke satu pasaraya komputer terbesar di KL untuk membaiki laptop Peace.Mereka berpuasa pada hari itu dan tiba di Pasaraya Komputer Terbesar itu menghampiri waktu Maghrib.Setelah sampia di pasaraya itu,merka pun mengusha tempat yang sedap untuk berbuka puasa dan akhirnya mereka bersetuju untuk berbuka di sebuah kedai yang bernama Kedai Bandar Lama Kopi Putih(Sila terjemahkan sendiri dalam Bahasa Anda ye,i mean English hehe).
So mereka pun berbukala dan menikmati makanan berbuka puasa dengan sedapnya.Selepas itu mereka bersolat di suaru B2 pasaraya itu.Selepas itu operasi mencari kedai untuk membaiki skrin laptop Peace pon bermula.Carik punya carik.naik tingkat demi tingkat akhirnya jumpa jugak satu kedai ni.Tinggal laptop di situ dan kami menunggu sehingga siap.
Nak dipendekkan cerita selepas dicaj lebih rm300,skrin laptop Peace pon dah siap.Mereka pon ingin pulang ke taman perumahan yang indah itu.Sampai je mereka di motor,mereka melihat hanya helmet Bobbie berada di motor manakala helmet Peace sudah dicilok.Baik Punya Cilok. Mereka pon berada dalam keadaan gelisah kerana jam sudah menunjukkan 10 malam dan kedai2 motor2 konpem2 sudah tutup.
Akhirnya dengan nekad yang berani,Peace dan Bobbie pun merempit dari KL-Puchong dengan Peace hanya memakai cap kepunyaan Bobbie. Nak dijadikan cerita lagi,dalam perjalanan ke Puchong itu,di satu highway ada satu teksi memintas motor kami dan semua penumpang ydi dalam teksi itu yang berbangsa Bangladesh melihat kami dengan pandangan yang sangat pelik.Yela xpakai helmet kat KL,saya pon pelik tengok.hehe
Dan akhirnya perjuangan berani mati itu selamat jua akhirnya tiba di taman perumahan kami.
Mereka pon berbincang sesama sendiri dan membuat konklusi bahawa malam Khamis memang malam berbahaya.Mungkin hikmahnya adalah menyuruh mereka membaca Yasin atau berzanji n tahlil instead of keluar berseronok di KL.hehe
Akhir sekali saya ingin mengatakan bahawa hidup di Bandar memang mencabar.
Sekian untuk kali ini.
Assalamualaikum...
Posted by Mohd Bukhari Bin Salleh at 9:22 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
Sabar ye encik MBS.. ada hikmah di sebalik kejadian. Alhamdulillah, selamat semuanya..
Post a Comment