Assalamualaikum.....
MBS mulakan post kali ini dengan laungan kemerdekaan.....
MERDEKA!!!
MERDEKA!!!
MERDEKA!!!
Laungan keramat ini telah menjadikan Malaysia sebuah negara yang bergantung pada diri sendiri dan bebas dari ancaman penjajah dari sudut ekonomi,politik dan sosial.Sesungguhnya kita hendaklah bersyukur kerana sentiasa diberikan keamanan untuk terus tinggal di negara ini.
Tetapi apa yang hendak MBS katakan pada kali ini bukanlah tentang kemerdekaan yang kita kecapi pada kali ini tetapi lebih kepada bagaimana kita menyesuaikan diri kita dalam erti kemerdekaan pada kali ini.
Haruslah semua orang tahu untuk mencapai kemerdekaan pada hari ini,segala pengorbanan dan kerjasama dari semua pihak diperlukan.Tetapi pada masa kini apa yang saya dapat lihat kerjasama antara kaum sudah semakin berkurangan dan negara-negara luar hanya menunggu masa dan ketika untuk menjajah Malaysia kembali.
Jadi,persoalaannya di sini,jalan manakah yang harus kita tuju setelah Tunku Abdul Rahman membukakan jalan untuk kita tetapi kita masih tidah mengikutinya.Sebagai sebuah negara yang Islam,kita hendaklah sedar bahawa kita mempunyai pegangan dan akidah untuk kita menuju jalan yang lurus.
Tetapi adakah kita sedar jika kita tidak menunaikan solat 5 waktu sehari semalam,maka jalan lurus yang kita tuju itu lambat laun akan tertutup dan jalan yang tinggal hanyalah jalan menuju ke neraka Allah yang penuh dengan azab...
Adakah kita mahu jadi seperti itu?
Manusia pada hari ini bukan sahaja tidak mengambil endah tentang hal2 dunia pada hari ini malahan akhirat juga dipinggirkan.Jika kita tidak meneruskan perjuangan pejuang-pejuang kita untuk menegakkan kemerdekaan,maka kita akan hancur.Tetapi kita juga haruslah sedar bahawa jika kita tidak mempunyai pegangan dan kepercayaan kepada Allah,maka jasmani dan rohaninya kita akan dijajah oleh musuh yang nyata dan musuh tidak nyata.
Jadi renung-renungkanlah tentang hal ini,masalah ini,dan jadikanlah erti kemerdekaan ini satu erti yang boleh menjadikan kita lebih matang dalam berfikir dan membuat keputusan,Insyaallah....
P/S: Hari ini dan semalam:
Semalam:
Aku merintih kepiluan di saat kau melafazkan kata-kata tersebut namun ku tetapkan imanku,kuatkan akidahku dan ku melalui hari itu dengan tenang walaupun jauh di sudut hatiku kepedihan itu tetap terpalit di dalamnya.
Hari ini:
Pengalaman yang sedikit mengajar kita seribu perkara tentang hidup.kadang-kadang kita tidak mampu berdiri seorang dan pada saat ini,pada ketika ini,aku sedar aku memerlukan sokonganmu untuk ku jadikan sebagai semangatku untuk menjalani hari-hari yang mendatang,aku berharap tuhan tidak membolak-balikkan hatiku dan telah menjadikanmu pilihan yang tepat untuk diriku di dunia dan di akhirat.
Akhir kata seribu kemaafan dipinta darimu atas kelemahan diriku ini dan juga ucapan terima kasih kerana sudi menerangi hidupku ini.Senang dan susah kita hadapi bersama kerana itu semua ujian dari Allah untuk hambanya.
Sekian post untuk kali ini.
Assalamualaikum.....
0 comments:
Post a Comment