BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, June 16, 2010

Meniti Hari Dalam Bulan Rejab,Syaaban dan Ramadhan Episod 1

Assalamualaikum,

Muharram,Safar,Rabiul Awal,Rabiul Akhir,Jamadil Awal,Jamadil Akhir,REJAB,SYAABAN,RAMADHAN,Syawal,Zulkaedah,Zulhijjah....
Ini ialah nama-nama Bulan mengikut kalendar Islam.Adakah anda tahu bilakah kalendar Islam ini mula digunakan? Cik tau x cik?kalo cik tau please leave ur comment ye?hehe
Baiklah tapi itu hanya mukaddimah dan persoalan yang ingin hamba lontarkan pada kalian semua untuk post pada kali ini.
Tetapi perkara utama atau pon perkara pokok yang ingin hamba utarakan pada kali ini adalah berkenaan betapa banyaknya nikmat kurniaan yang Allah kurniakan kepada kita dalam setahun dan terutamanya pada 4 bulan ini iaitu Rejab,Syaaban,Ramadhan dan Syawal.
Tapi hamba hanya ingin sentuh mengenai 3 bulan sebelum Syawal ini sahaja kerana hamba pasti kalian semua lebih mengenali bulan Syawal lebih dari hamba memandangkan bulan ini adalah bulan selepas kita menahan nafsu kita dari semua segi.Tapi taukah kalian bahawa 3 bulan sebelum Syawal ini juga mengandungi 1001 nikmat yang Allah turunkan kepada kita,cuma kita je yang buat2 x tahu dan x ambil peluang.Alangkah ruginya kita.
Hamba memulakan cerita hamba mengenai Bulan Rejab dulu.Sesungguhnya bulan Rejab ini adalah istimewa bagi hamba kerana menurut mak hamba yang tercinta hamba dilahirkan dalam bulan ini pada 5 Rejab kalau x salah hamba.
Jadi ada apa dengan Bulan Rejab? Pada bulan ini peristiwa yang penting dalam sejarah Islam ialah Isra' Mikraj iaitu pengembaraan Nabi Muhammad bersama Malaikat Jibril dan Israfil dari Masjidil-Haram ke Masjidil Aqsa yang dikenali sebagai Isra' dan juga perjalanan baginda naik ke Hadhratul-Qudus untuk menemui Allah yang dipanggil Mikraj.
Tahukah juga anda bahawa setiap amalan kebaikan yang anda lakukan pada bulan ini akan dilipat gandakan oleh Allah.Subhanallah.Tersangat la mudah untuk kita mendapatkan keberkatan dan rahmat dariNya tetapi kita tetap tidak ambil endah tentang perkara ini.
Hamba berkata ini pon kepada diri hamba yang lemah ini sendiri dan sesungguhnya jika kita membaca tentang rahmat yang Allah bagi dalam bulan ini,sampai 100 pages post ni pon x ckup nak describe one by one.Jadi kalo nak tahu lebih lanjut search jela info-info terkini di ILuvislam.com sebab hamba yang kecetekan ilmu ini pon dapat berkongsi ilmu dengan kalian semua atas ilmu yang hamba dapat sama ada melalui lisan atau pon bertulis.
Jadi setakat itu dululah penerangan hamba untuk Bulan Rejab.Jika kalian mahu mengetahui tentang fadhilat pada Bulan Syaaban dan Ramadhan.Kalian harus...lah... tunggu......
Sabar is a part of iman. hehe
Kepada saudari yang hamba kasihi,hamba harap saudari juga dapat berjalan seiringan dengan hamba untuk mencari kasih Ilahi pada bulan-bulan rahmatnya ini.Insyaallah we'll find the way.
Assalamualaikum.........

2 comments:

hajarzani said...

Assalamualaikum

Salam ziarah..
Alhamdulillah atas nikmat pemberian Allah kepada kita semua, umat Islam..

Menjawab pertanyaan bilakah kalendar Islam digunakan, cuba akhi baca drpd. link yang saya bagi ni ye.
wallahua'lam.
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=11653&Itemid=99999999

Mohd Bukhari Bin Salleh said...

Waalaikummussalam ya ukhti hajar,
hehe yup link itu ana dah buka dan memang itu jawapannya pada zaman Saidina Umar Al-Khattab hehe

Syukran kerana memberi respons atas soalan ana itu tadi ye,=)