Alhamdulillah,aku berpuasa di bulan ramadhan tahun ini di Universiti Malaysia Pahang.Sesungguhnya aku merasakan puasa di tahun ini sangat menyeronokkan bagi diriku yang bergelaar mahasiswa.Bagiku Ramadhan merupakan satu bulan yang penuh dengan keberkatan dan nikmat yang sungguh banyak.Cuma ia bergantung kepada diri muslim atau muslimah itu sendiri untuk mengambil peluang atas kurniaan nikmat yang diturunkan oleh Allah.
Aku juga ingin berkongsi dengan para pembaca blog bahawa bulan Ramadhan bukanlah bulan untuk rehat lebih lama daripada biasa,malah kita hendaklah lebi banyak beristighfar dan membanyakkan selawat ke atas rasullullah serta menunaikan ibadat dengan lebih kerap agar diri kita dikurniakan dengan lebih banyak pahala serta ganjaran yang setimpal dari Allah.
Jadi kepada rakan-rakan serta umat islam seluruh dunia saya mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK dan semoga diri anda diberkati Allah,Insyaallah....
Friday, September 5, 2008
Ramadhan Al-Mubarak
Posted by Mohd Bukhari Bin Salleh at 7:49 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment