BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Friday, September 5, 2008

Ada Sesiapa Nak Tahu 5 Rahsia Bantal?

Hari ini, saya menulis tentang sesuatu yang jarang bloggers lain menulis tentangnya.

Tak pernah saya jumpa ia ditulis di mana-mana, kerana orang lain tak pernah terfikir untuk menulis tentang ia, walaupun setiap hari,pagi, petang dan malam ia menjadi teman setia kita.

Apakah dia? Mengapa saya amat berminat menulis tentangnya?

Saya mendengar ada yang bertanya, “Awak dah kering idea ke?”

Ooo.. tidak, bahkan idea datang mencurah-curah!

Oleh kerana saya mahu berlainan dari bloggers yang lain, anda akan temui artikel yang sedikit “pelik” di sini. Sedikit saja peliknya, tapi masih logik.

Ok, lupakan itu, kerana kita akan berkongsi cerita mengenai.. Bantal.

Mengapa bantal? Sebab saya perhatikan terdapat beberapa kategori personaliti manusia yang berlainan bila berjumpa dengan bantal.

Ini boleh dilihat pada reaksi mereka.

Sekarang, anda kena duduk baik-baik dan pegang mouse tu betul-betul (satu lagi, check bantal anda ada kat mana) kerana kita bermula dengan personaliti orang yang…

1. Memeluk Bantal
Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni. Mereka mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera.

Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik (wow!).

Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi. Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan dan kesopanan dalam bergaul.

2. Menggunakan Banyak Bantal
Mereka ni biasanya kurang kenyakinan.

Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping. Mereka jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain sepenuhnya.

3. Tidur Dengan Satu Bantal
Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya. Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan berdasarkan nafsu semata-mata.

4. Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki
Mereka mempunyai sifat kurang baik, keras kepala dan sukar ditundukkan egonya.

Mereka jarang bergaul dengan orang ramai, malah kaku dalam pergaulan. Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois dan individualistik.

Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita-cita. Mereka tidak suka berusaha.

5. Tidur Tanpa Bantal
Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi.

Satu lagi, mereka yang tidur tanpa bantal sangat merendah diri, sanggup menempuh apa jua kesusahan dan sanggup berkorban untuk menceriakan orang lain. Buktinya, mereka sanggup tidur tanpa bantal yang selesa tu.

Tapi, amat jarang orang tidur tanpa bantal.

Cuba perhatikan rakan serumah, ahli keluarga dan kawan-kawan di sekeliling. Adakah mereka suka memeluk bantal, suka baring dan duduk berbantal-bantal atau hanya berbantalkan lengan bila tidur malam?

Jadikan panduan ini sebagai kayu pengukur personaliti mereka.

Jadi..Kategori Mana Satukah Anda?

0 comments: