FUTURE,ape yang kita harapkan pada masa hadapan,kita hanya boleh merancang tetapi segalanya ditentukan Allah.
FUTURE,Begitu juga dengan diri MBS,MBS ada harapan dan impian sendiri untuk melakukan yang terbaik pada masa hadapan,harapan MBS untuk mendapat kerja yang baik dan halal serta dapat menampung keluarga MBS terutamanya mak MBS.
FUTURE,MBS juga sentiasa mengharapkan diri MBS akan diiringi oleh berkat dan doa oleh mak MBS serta buah hati MBS yang MBS sangat sayangi.Sejak kehadirannya dalam hidup MBS,perlakuan dan tingkah laku MBS menjadi lebih teratur dan tenang.Budi bicara juga bertambah baik dan ini kerana MBS sangat menyayanginya dan tidak sanggup kehilangannya.
FUTURE,MBS memohon dan akan sentiasa berdoa kepada Allah agar memberikan kehidupan yang lebih baik kepada diri MBS,Insyaallah.....
p/s: ku sentiasa merinduimu,SHZ,=)
Wednesday, January 12, 2011
Anticipating Future
Posted by Mohd Bukhari Bin Salleh at 7:38 AM 0 comments
Friday, November 26, 2010
info fadilat membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa yang membaca Surah Al-Kahfi (pada hari Jumaat) beliau akan memperoleh cahaya daripada tempatnya hingga ke Makkah."
Daripada Abu Said al-Khudri, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat nescaya akan diterangkannya dengan satu cahaya di antara dua Jumaat."
Daripada Ibn Umar, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat nescaya akan dipancarkannya cahaya dari bawah kakinya hingga ke awan di langit yang memancarkan cahaya terang kepadanya pada hari Kiamat dan diampunkan dosanya di antara dua kali Jumaat."
InsyaAllah..sama-samalah kita amalkan untuk membaca surah-surah di dalam Al-Quran..Banyak fadilatnya
sumber: Denyut kasih medik, telaga biru
Waalaikumussalam
Posted by Mohd Bukhari Bin Salleh at 4:19 AM 0 comments
Tuesday, November 9, 2010
Terima Kasih....
Pagi ini MBS tetiba plak ada mood nak berblogging,huhu maybe juga kerana inspirasi Sayang yang sentiasa memberi galakan kepada MBS untuk mengeluarkan post yang terbaru kerana MBS tahu bahawa Sayang akan sentiasa membaca blog MBS,terima kasih MBS ucapkan.
MBS juga ingin mengucapkan syukur kepada Ilahi kerana Dia telah menemukan MBS dengan seorang wanita muslimah dan Insyaallah MBS akan berusaha sedaya upaya MBS untuk membahagiakannya.MBS sentiasa mengingatkan diri MBS bahawa hati perempuan ibarat balang kaca.Sekali pecah ia tidak akan kembali seperti sedia kala.Jadi jagalah hati mereka dan hargailah mereka seperti mana anda menyayangi diri anda.Syukur alhamdulillah kepada Allah dan terima kasih kepada Sayang yang sudi untuk bersama saya menuju ke jalan Ilahi.Terima kasih MBS ucapkan.
Dalam sedar x sedar,sudah hampir setengah tahun kita berkenalan,dan MBS mengerti bahawasanya Sayang inginkan perhubungan yang sah supaya memudahkan kita berjumpa dan berkomunikasi.MBS juga mengharapkan sebegitu tapi apa kan daya,kita haruslah bersabar untuk menanti hari bahagia ye Sayang dan MBS ingin berterima kasih kerana memahami MBS dan juga bersedia untuk menunggu kedatangan MBS untuk that fine day.Terima kasih MBS ucapkan.
Semoga perhubungan ini akan terus menjadi titik tolak kepada kita untuk menjadi insan yang lebih baik pada masa hadapan.Insyaaallah....Miss U Sayang...=)
Posted by Mohd Bukhari Bin Salleh at 6:40 PM 2 comments
Mengapakah Ibumu Menangis?
Posted by Mohd Bukhari Bin Salleh at 9:20 AM 0 comments
Monday, November 1, 2010
Exam Mood
Hello everyone,
Man Ana?
La Tahzan, La Takhof, Innallaha ma'ana
Cuma apa yang MBS mahu kongsikan kali ini hanyalah secebis kata-kata yang MBS ingin tujukan kepada mereka yang bergelar insan di bumi IPTA yang akan menjalani peperiksaan akhir tahun x lama lagi.
Ingatlah satu perkara,tuntutlah ilmu sehingga ke negeri China.=)
Juga di musim2 exam ni,banyakkan amal petua2 yang bley menguatkan daya ingatan kita untuk mengingati dengan mudah especially kpada saudari MS yang mempunyai banyak subjek membaca,jadi jangan la dye nak cuba2 makan maggi ye,=)
Untuk diri MBS sendiri,sebenarnya MBS memang jenis x suka study,dari skolah menengah lagi,tapi MBS ske dgr lecturer terang2 kat depan,huhu tapi tula kadang2 dah terdesak kena la study jugak kan,hehe
Pape pon gud luck kepada semua pelajar dan mahasiswa sekalian,semoga kita semua dapat menjawab soalan final dengan jiwa yang tenang,minda ya gterbuka,jiwa yang terbuka dan kenali potensi diri(pinjam ayat ye,=p) hehe
Posted by Mohd Bukhari Bin Salleh at 7:34 AM 1 comments
Thursday, October 14, 2010
Sharing Is Caring,=)
Assalamualaikum,post kali ini MBS x mahu bercerita panjang,cuma MBS cuma mahu mengatakan bahawa MBS sudah berpunya!!! huhu statement yang sangat mengada-ngada(kalo ikut si dye berkata2 la,)hehe.
Kali ni MBS cuma nak satu je perkara iaitu Sharing Is Caring.And MBS rasa ayat itu memang bersesuaian sekali dengan jiwa MBS sekarang.Ape yang dye makan,MBS pon nak makan lauk yang same,walaupun kadang2 ada lauk yang MBS x makan,tapi bila dye request,MBS akan makan,walaupun mulut tak brape nak makan,tapi hati berasa senang sekali kerana dapat makan bersama-samanya.
Jadi pada pendapat anda,apakah yang telah terjadi kepada saya?hee
Sekian,Terima Kasih,=)
Posted by Mohd Bukhari Bin Salleh at 9:29 AM 0 comments
Tuesday, August 31, 2010
Menuju Jalan Yang Lurus.....
Laungan keramat ini telah menjadikan Malaysia sebuah negara yang bergantung pada diri sendiri dan bebas dari ancaman penjajah dari sudut ekonomi,politik dan sosial.Sesungguhnya kita hendaklah bersyukur kerana sentiasa diberikan keamanan untuk terus tinggal di negara ini.
Tetapi apa yang hendak MBS katakan pada kali ini bukanlah tentang kemerdekaan yang kita kecapi pada kali ini tetapi lebih kepada bagaimana kita menyesuaikan diri kita dalam erti kemerdekaan pada kali ini.
Haruslah semua orang tahu untuk mencapai kemerdekaan pada hari ini,segala pengorbanan dan kerjasama dari semua pihak diperlukan.Tetapi pada masa kini apa yang saya dapat lihat kerjasama antara kaum sudah semakin berkurangan dan negara-negara luar hanya menunggu masa dan ketika untuk menjajah Malaysia kembali.
Jadi,persoalaannya di sini,jalan manakah yang harus kita tuju setelah Tunku Abdul Rahman membukakan jalan untuk kita tetapi kita masih tidah mengikutinya.Sebagai sebuah negara yang Islam,kita hendaklah sedar bahawa kita mempunyai pegangan dan akidah untuk kita menuju jalan yang lurus.
Tetapi adakah kita sedar jika kita tidak menunaikan solat 5 waktu sehari semalam,maka jalan lurus yang kita tuju itu lambat laun akan tertutup dan jalan yang tinggal hanyalah jalan menuju ke neraka Allah yang penuh dengan azab...
Adakah kita mahu jadi seperti itu?
Manusia pada hari ini bukan sahaja tidak mengambil endah tentang hal2 dunia pada hari ini malahan akhirat juga dipinggirkan.Jika kita tidak meneruskan perjuangan pejuang-pejuang kita untuk menegakkan kemerdekaan,maka kita akan hancur.Tetapi kita juga haruslah sedar bahawa jika kita tidak mempunyai pegangan dan kepercayaan kepada Allah,maka jasmani dan rohaninya kita akan dijajah oleh musuh yang nyata dan musuh tidak nyata.
Jadi renung-renungkanlah tentang hal ini,masalah ini,dan jadikanlah erti kemerdekaan ini satu erti yang boleh menjadikan kita lebih matang dalam berfikir dan membuat keputusan,Insyaallah....
P/S: Hari ini dan semalam:
Semalam:
Aku merintih kepiluan di saat kau melafazkan kata-kata tersebut namun ku tetapkan imanku,kuatkan akidahku dan ku melalui hari itu dengan tenang walaupun jauh di sudut hatiku kepedihan itu tetap terpalit di dalamnya.
Hari ini:
Pengalaman yang sedikit mengajar kita seribu perkara tentang hidup.kadang-kadang kita tidak mampu berdiri seorang dan pada saat ini,pada ketika ini,aku sedar aku memerlukan sokonganmu untuk ku jadikan sebagai semangatku untuk menjalani hari-hari yang mendatang,aku berharap tuhan tidak membolak-balikkan hatiku dan telah menjadikanmu pilihan yang tepat untuk diriku di dunia dan di akhirat.
Akhir kata seribu kemaafan dipinta darimu atas kelemahan diriku ini dan juga ucapan terima kasih kerana sudi menerangi hidupku ini.Senang dan susah kita hadapi bersama kerana itu semua ujian dari Allah untuk hambanya.
Posted by Mohd Bukhari Bin Salleh at 2:33 PM 0 comments