BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, May 29, 2011

Seloka Jenaka Malang....2

Post ini berkaitan dengan yang hidup sama sekali,=)

Bismillahirrahmanirrahim....


Kisah Dua;Minggu Kedua Bekerja......

Pada suatu petang Khamis yang hening dan damai,Bobbie dan Peace sekali lagi menjalani aktiviti seperti minggu lepas.Cuma kali ini mereka tidaklah pergi ke UOOM lagi.Tetapi beralih arah pula ke Pusat Bandaraya KL di mana Peace ingin membaiki laptopnya yang sudah kerosakan skrin.

Jadi seperti biasa,mereka pun menaiki motor kepunyaan Bobbie dan pergi ke satu pasaraya komputer terbesar di KL untuk membaiki laptop Peace.Mereka berpuasa pada hari itu dan tiba di Pasaraya Komputer Terbesar itu menghampiri waktu Maghrib.Setelah sampia di pasaraya itu,merka pun mengusha tempat yang sedap untuk berbuka puasa dan akhirnya mereka bersetuju untuk berbuka di sebuah kedai yang bernama Kedai Bandar Lama Kopi Putih(Sila terjemahkan sendiri dalam Bahasa Anda ye,i mean English hehe).

So mereka pun berbukala dan menikmati makanan berbuka puasa dengan sedapnya.Selepas itu mereka bersolat di suaru B2 pasaraya itu.Selepas itu operasi mencari kedai untuk membaiki skrin laptop Peace pon bermula.Carik punya carik.naik tingkat demi tingkat akhirnya jumpa jugak satu kedai ni.Tinggal laptop di situ dan kami menunggu sehingga siap.

Nak dipendekkan cerita selepas dicaj lebih rm300,skrin laptop Peace pon dah siap.Mereka pon ingin pulang ke taman perumahan yang indah itu.Sampai je mereka di motor,mereka melihat hanya helmet Bobbie berada di motor manakala helmet Peace sudah dicilok.Baik Punya Cilok. Mereka pon berada dalam keadaan gelisah kerana jam sudah menunjukkan 10 malam dan kedai2 motor2 konpem2 sudah tutup.

Akhirnya dengan nekad yang berani,Peace dan Bobbie pun merempit dari KL-Puchong dengan Peace hanya memakai cap kepunyaan Bobbie. Nak dijadikan cerita lagi,dalam perjalanan ke Puchong itu,di satu highway ada satu teksi memintas motor kami dan semua penumpang ydi dalam teksi itu yang berbangsa Bangladesh melihat kami dengan pandangan yang sangat pelik.Yela xpakai helmet kat KL,saya pon pelik tengok.hehe

Dan akhirnya perjuangan berani mati itu selamat jua akhirnya tiba di taman perumahan kami.

Mereka pon berbincang sesama sendiri dan membuat konklusi bahawa malam Khamis memang malam berbahaya.Mungkin hikmahnya adalah menyuruh mereka membaca Yasin atau berzanji n tahlil instead of keluar berseronok di KL.hehe

Akhir sekali saya ingin mengatakan bahawa hidup di Bandar memang mencabar.

Sekian untuk kali ini.

Assalamualaikum...

Seloka Jenaka Malang....

Post ini berkaitan dengan yang hidup sama sekali,=)

Bismillahirrahmanirrahim....

Kisah Satu;Minggu Pertama Bekerja......

Pada suatu hari,di petang Khamis yang mendung redup dan angin sepoi2,Bobbie(bukan nama sebenar) dan Peace(bukan nama sebenar jugak) telah merancang untuk mengambil motosikal kepunyaan adik Peace di sebuah kampus Universiti Orang-Orang Melayu,UOOM(bukan nama sebenar jugak) di Shah Alam. Perjalanan dari tempat kerja di Cyberjaya ke Shah Alam mengambil masa setengah jam.Walaupun Bobbie dan Peace dalam keadaan tidak tahu halatuju menuju ke Shah Alam namun sampai jugak akhirnya ke kampus tetap UOOM itu.

Peace pon berjumpa dengan adiknya dan mengambil motosikal kepunyaan adiknya itu memandangkan adiknya sudah habis exam dan ingin pulang ke rumah.

Nak dijadikan cerita, dalam perjalanan pulang ke rumah dari Shah Alam,tidak semena-mena hujan lebat pon menimpa di bumi KL dan Selangor.Berbekalkan baju hujan,Peace dan Bobbie pon meredah suasana highway yang sesak itu dengan berskill tapi masalahnya mereka pon xtahu jalan pulang ke rumah di Puchong itu.Jadi redah punya redah punya redah akhirnya nampak jugak signboard ke taman p.p(nama dirahsiakan untuk mengelakkan sebarang keburukan berlaku,haha). Dan dalam 10 km lagi nak sampai ke taman perumahan mereka,
Bobbie dan Aman pon brek mengejut dengan motor masing2 kerana tidak nmpak trafik light sudah berwarna merah.Motor Bobbie yang digelar Mr.Red dapat melakukan emergency dengan baik.Maklumlah pemandu cekap.Tetapi motor Aman yang baru diambil dari adiknya itu tanpa disedari tidak dapat dikawal dan akhirnya Peace terjatuh di jalan berhampiran trafik light.Bobbie tidak menyedari pada mulanya tapi kemudian berpusing ke belakang dan nampak Peace dalam kesakitan lalu Bobbie mengundurkan motornya dan menghampiri Peace.Bobbie bertanya pada Peace adakah masih mampu meneruskan perjalanan dan Peace mengangguk.Mereka bergerak dalam keadaan perlahan dan akhirnya sampai di Taman Perumahan mereka.Berpandukan pada gerak hati Bobbie akhirnya mereka sampai ke Klinik P.P.Peace akhirnya menerima rawatan dari doktor dan dapat cuti untuk sehari.

Kesiankan pada Peace,ish3 Bala2


Tuesday, May 24, 2011

Latihan Industri

Bermula 16 Mei 2011,bermulalah satu lembaran baru dalam sejarah hidupku apabila telah memulakan Latihan Industri atau pun dikenali sebagai praktikal. Untuk pengetahuan, praktikal ini diselaraskan untuk semua IPTA di Malaysia.


Aku telah memohon untuk LI di sebuah syarikat microelectronics iaitu IC Microsystems Sdn Bhd.Jadi bermulalah episod diriku keluar dari negeri Pahang Darul Makmur buat pertama kalinya dalam sejarah hidup aku hehe.Jadi ak dan rakan sekelasku telah tinggal di sebuah rumah sewa di sekitar Puchong iaitu Taman Putra Perdana.Pada hari kemasukan ke rumah tu,memang sesat jugak aku dan keluarga nak mencari tempat ni,maklumlah tak familiar dengan kawasan bandar pesat membangun macam Kuala Lumpur ni.Cari punya cari akhirnya jumpa jugak dan alhamdulillah rumahnya selesa la untuk kami tinggal.

Jadi pada hari berikutnya aku pun mula bekerja dan memang hari pertama di mana-mana pun serupa.Sama ada masuk darjah satu,tingkatan satu,pelajar universiti tahun satu,kerja hari pertama sentiasa merupakan hari yang paling membosankan dan paling santai.

Kemudian setelah beberapa hari kami mula diberikan assignment dan kerja untuk diselesaikan.Yang bestnya kerja kat sini,semua kerja dalam pejabat,mengadap computer dari 8.30 pagi sehinggalah 5.30 petang setiap hari dan uniknya lagi,latihan industri di IC MIC ini ialaha semua pelatih ditempatkan dalam satu pejabat dan tidak bercampur dengan pekerja company ini sendiri.Ini kerana company ini merupakan company yang design integrated circuit.So in order nak expert dalam company,a guided training have been given to us so that in the future we can become one of the employee.

Tambahan lagi, selepas melengkapkan 3 bulan training,kami akan diberikan sijil yang mengatakan kami sudah mahir menggunakan software2 yang diberikan.Jadi itu sudah satu advantage kepada kami pada masa hadapan.Cuma kekurangannya ialah kami tidak dapat banyak pengalaman berbanding pelajar lain yang bergaul dengan pekerja2.Tapi xkisahlah,by hook or by crook,lambat laun kami akan hadapinya jugak.

Jadi setelah bekerja di office ni,terasa la kejap diri macam pekerja korporat,walaupun hakikatnya hanyalah budak praktikal.hehe. aku jugak ambil masa ni untuk putihkan kulit sebelum pergi tauliah untuk kor inspektor suksis nanti di UTM Skudai.Insyaallah kalau ada rezeki la kan hehe.

Jadi di situ sajalah post saya untuk kali ini.Semoga berjumpa lagi di lain hari.Bubye....

Monday, May 23, 2011

Ku Menunggu....

Ku Menunggu,ku menunggu mu...lalalalalala,


Sepotong lirik yang x berapa ingat dipetikkan untuk pengenalan entry post kali ni,lagunya bertajuk Ku menunggu yang dinyanyikan olen Mbak Rossa.Cewahh speaking Indon kejap hehe.Tapi bukan topik tu yang ingin dibualkan dalam post kali ni.Tapi cerita berkenaan diriku,dia dan kesabaran menunggu hee.

Bunyi macam x sedap,tapi whateverr.janji tajuk kan hehe.Sekarang ni dah makin ramai student yang kahwin time belajar.Memang satu perkara yang bagus tapi harus diingat bukan semua orang mempunyai kemampuan sebegitu.Aku juga terlibat dalam konflik sebegini,maklumlah aku sekarang dah berpunya.hehe jadi mestilah kadang2 bila dengar kawan dah nak kahwin,terasa jugaklah cemburunya kan,sape x jeles kan dapat kahwin,huhu.

Tapi tanggunggjawab tetap tanggungjawab dan dugaan adalah sebahagian darinya.Jadi untuk diriku yang tak berasal dari keluarga mewah,jadi ku tidak mampu melakukan sebegitu iaitu berkahwin di waktu belajar.Banyak perkara yang harus difikirkan.Begitu juga dengan dirinya yang memahami diriku dan memandangkan ibunda kami jugak mengatakan bahawa kahwin time kerja,jadi kami akan cuba bertahan sedaya upaya kami dalam perhubungan ini supaya kata-kata dariku untuk memperisterikannya akan menjadi kenyataan.Yela nak jaga hubungan bukan senang.Sape cakap senang?susah tu,hehe

Jadi kepada yang nak mencari pasangan ni,ingatlah,banyak perkara kita kena korbankan demi menjaga kebahagiaan tapi tula,kita dah pilih jalan ini,jadi jangan pernah menyesalinya.So itu yg saya lakukan kerana saya sangat menyayangi dirinya.Mana taknya,setiap hari,setiap waktu,setiap detik,setiap minit asyik wajahnya bermain dalam fikiranku.Dan aku harap ia akan sentiasa bermain dalam fikiranku sehingga diriku menghembuskan nafas yang terakhir.hee

Jadi di sini saya cuma mahu menasihati pasangan yang sedang hangat bercinta tu,sabarlah dalam proses menunggu ni,5 tahun? xpe xlamanya if di hujungnya kebahagiaan menanti,dan jika bukan kebahagiaan pon pastikan dirimu sudah bersedia dan tabah untuk menghadapi segala kemungkinan.Yelah,kita hanya merancang tapi ketentuannya bukan dari kita.

Renung-renungkan dan selamat beramal.

p/s : Makcik,pakcik harap makcik akan selalu menunggu pakcik ye,xkira berapa lama,tapi pakcik akan berusaha untuk bahagiakan makcik selagi hayat dikandung badan tau,miss u a lot,=)

Saturday, April 30, 2011

My Birthday,My life,her life = Happiness

Assalamualaikum pembuka bicara,kata2 perlu diutarakan,perkataan perlu diucapkan,
bahasa perlu disatukan,budi bicara harus dituturkan,barulah diri bergelar insan sejati.

Kali ini post hamba tidaklah berkisarkan ttg adab seorang insan atau perkara yg berkaitan dengan fakta,cuma hamba nak cite psal kehidupan hamba spnjg bulan lpas,

Hari lahir hamba jatuh pada 7 mac dan pada 6 mac yg lalu,hamba telah diraikan oleh kawan2 hamba dan jugak seorang wanita yang menjadi buah hati hamba.Sambutan diawalkan memandangkan 7 mac merupakan hari kuliah,jadi semua akan sibuk dgn blaja,so 6 mac diambil sbgai tarikh utk menyambutnya.Kami bersiar2 di taman pd waktu paginya selepas menjamu mknn di restoran nelayan.


Dipendekkan cerita,pda sebelah ptgnya,kami pergi pula mkn di sebuah restoran yg terkenal dgn temanya,i'm loving it.dan pda saat itu,buah hatiku bersama kwanku iaitu Jannah pergi ke tandas katanya.Tiba2 mereka dtg membawa sebuah kek oreo choc yg sgt sedap dimkn begitu sahaja,hehe.

Aku terdiam dan terpaku,kerana semua memandangku,tidak ku tahu utk memberikan reaksi ape kerana itulah pertama kali diriku diraikan sebegitu meriah,lalu ku terus menukar tajuk utk membuatnya lebih humour,lalu ku berkata,"ini kek siapa ni" smbil mengukirkan senyuman. Padahal dalam hati ini hanya Tuhan yg tahu betapa aku menghargai buah hatiku ini yg bersusah payah utk mencari kek utk hari lahirku.

Maafkan diriku ye syg kerana xmampu utk mengeluarkn reaksi terharu tetapi percayalah,hingga ke saat ini aku sgt menghargai pemberian kek darimu,dan susah payahmu mencari lighter tidak akan aku lupakan tau,

Selepas itu,diberinya pula aku Hadiah sebuah jam berupa motor Superbike dan jugak satu set jam,belt dan wallet.Huh,bertambah2 terharunya aku kerana first time dapat hadiah hari jadi dr org lain selain mak dan abgku hoho.

Jadi syg,sy sgt hargainya tau,moga2 di masa depan,kita akn jadi insan yg lbih syg menyayangi dan jugak lebih bertolak ansur ye,sehinggalah ke akhir hayat.

Aku sayang kamu,SHZ,=)

Sunday, February 27, 2011

Lights behind the darks.....

Assalamualaikum pembuka bicara,

Dari saya sang blogger,
Kata-kata ingin diutara,
Silalah dengar,silalah bacer,

hehe,maaf ler kalo pantun awok ni x lengkap dan bagus,awok main hentam je,(menggunakan suara si ucop,hantu kak limah balik rumah).

Untuk post kali ini,tidak banyak ingin MBS perkatakan,cuma MBS ingin berkongsi sedikit pengalaman MBS tentang terdapatnya Lights behind the darks ataupun dalam perkataan melayunya ada hikmah di sebalik setiap kejadian.Mengimbas kembali kenangan minggu ini,a week MBS berada dalam hidup yang tidak teratur,dengan testnya,kuiznya,projeknya,assignmentnya,training silatnya,suksisnya,all of that happen at one time at once and kadang2 MBS akan merasakan tekanan untuk menghadapi semua ini.

Tapi apabila dikaji semula dan mendengar nasihat dan ceramah dari orang2 tua,hanya bebrapa perkara saje perlu diperbetulkan dan insyaallah semua akan menjadi pulih seperti sedia kala iaitu menjaga hubungan dengan Allah,menjaga hubungan dengan ibu dan bapa,serta menjaga hubungan sesama manusia.Insyaallah semuanya akan dipermudahkan Allah.

So,solat kena jaga,ibu dan bapa kena selalu contact,tanya khabar,borak2 dengan mereka,sihat ke tidak,dan insyaallah anda akan disayangi oleh masyarakat. Dan saya amat bersyukur dengan hidup saya sekarang ini kerana dikurniakan keluarga yang penyayang yang selalu berada di samping saya tidak kira masa.jadi sekalung ucapan terima kasih kepada mak,arwah ayah dan juga abang syawal.INsyaallah saya akan cuba untuk menjadi yang terbaik untuk kamu semua.

Tidak lupa jugak kepada saudari yang dikasihi kerana selalu mengambil berat tentang diri saya dikala susah ataupun senang.Dapat je tahu saya ada masalah,terus kol saya,huu ,terus ceria saya time tu hee

Jadi saya mengharapkan dapat menjadi insan yang lebih baik di masa hadapan,terima kasih =)

Assalamualaikum....

Wednesday, January 12, 2011

Anticipating Future

FUTURE,ape yang kita harapkan pada masa hadapan,kita hanya boleh merancang tetapi segalanya ditentukan Allah.

FUTURE,Begitu juga dengan diri MBS,MBS ada harapan dan impian sendiri untuk melakukan yang terbaik pada masa hadapan,harapan MBS untuk mendapat kerja yang baik dan halal serta dapat menampung keluarga MBS terutamanya mak MBS.

FUTURE,MBS juga sentiasa mengharapkan diri MBS akan diiringi oleh berkat dan doa oleh mak MBS serta buah hati MBS yang MBS sangat sayangi.Sejak kehadirannya dalam hidup MBS,perlakuan dan tingkah laku MBS menjadi lebih teratur dan tenang.Budi bicara juga bertambah baik dan ini kerana MBS sangat menyayanginya dan tidak sanggup kehilangannya.

FUTURE,MBS memohon dan akan sentiasa berdoa kepada Allah agar memberikan kehidupan yang lebih baik kepada diri MBS,Insyaallah.....

p/s: ku sentiasa merinduimu,SHZ,=)

Friday, November 26, 2010

info fadilat membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat

Assalamualaikum

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa yang membaca Surah Al-Kahfi (pada hari Jumaat) beliau akan memperoleh cahaya daripada tempatnya hingga ke Makkah."

Daripada Abu Said al-Khudri, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat nescaya akan diterangkannya dengan satu cahaya di antara dua Jumaat."

Daripada Ibn Umar, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat nescaya akan dipancarkannya cahaya dari bawah kakinya hingga ke awan di langit yang memancarkan cahaya terang kepadanya pada hari Kiamat dan diampunkan dosanya di antara dua kali Jumaat."

InsyaAllah..sama-samalah kita amalkan untuk membaca surah-surah di dalam Al-Quran..Banyak fadilatnya


sumber: Denyut kasih medik, telaga biru


Waalaikumussalam

Tuesday, November 9, 2010

Terima Kasih....

Assalamualaikum......

MBS kembali!

Pagi ini MBS tetiba plak ada mood nak berblogging,huhu maybe juga kerana inspirasi Sayang yang sentiasa memberi galakan kepada MBS untuk mengeluarkan post yang terbaru kerana MBS tahu bahawa Sayang akan sentiasa membaca blog MBS,terima kasih MBS ucapkan.


MBS juga ingin mengucapkan syukur kepada Ilahi kerana Dia telah menemukan MBS dengan seorang wanita muslimah dan Insyaallah MBS akan berusaha sedaya upaya MBS untuk membahagiakannya.MBS sentiasa mengingatkan diri MBS bahawa hati perempuan ibarat balang kaca.Sekali pecah ia tidak akan kembali seperti sedia kala.Jadi jagalah hati mereka dan hargailah mereka seperti mana anda menyayangi diri anda.Syukur alhamdulillah kepada Allah dan terima kasih kepada Sayang yang sudi untuk bersama saya menuju ke jalan Ilahi.Terima kasih MBS ucapkan.


Dalam sedar x sedar,sudah hampir setengah tahun kita berkenalan,dan MBS mengerti bahawasanya Sayang inginkan perhubungan yang sah supaya memudahkan kita berjumpa dan berkomunikasi.MBS juga mengharapkan sebegitu tapi apa kan daya,kita haruslah bersabar untuk menanti hari bahagia ye Sayang dan MBS ingin berterima kasih kerana memahami MBS dan juga bersedia untuk menunggu kedatangan MBS untuk that fine day.Terima kasih MBS ucapkan.


Semoga perhubungan ini akan terus menjadi titik tolak kepada kita untuk menjadi insan yang lebih baik pada masa hadapan.Insyaaallah....Miss U Sayang...=)

Sekian saje post dari MBS pada kali ini.Thanks for read it.

Assalamualaikum....

Mengapakah Ibumu Menangis?


Assalamualaikum..

kali ini, entry ana agak panjang... Tapi hanya sekadar perkongsian cerita.. Pernah kah anda melihat ibumu menangis?? Pernah tak terfikir kenapa ibumu menangis?? Ini ada beberapa sebab mengapa ibumu menangis...


Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya,

"Mengapa engkau menangis?"

"Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya.

"Aku tidak mengerti", kata anak itu.

Ibunya hanya memeluknya dan berkata,

"Dan kau tak akan pernah mengerti" Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya,

"Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"

"Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.

Anak laki-laki kecil itu pun lalu membesar menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita suka menangis. Akhirnya ia mendapat petunjuk dari Tuhan, Antara bisikan yang didengarinya adalah:

01."Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "

02."Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "

03."Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "

04."Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "

05."Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "

06."Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi suaminya tanpa ragu "

07."Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan walaupun kadangkala dia tidak memerlukannya."

Tahukah kamu? Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, karena itulah pintu hatinya - tempat dimana cinta itu ada.




p/s: di saat ini, pasti kamu berkata,Ohh begitu.. Ibuku menangis kerana itu. Pesanan penaja, sayangilah ibumu, hargai mereka sebaik2nya..sementara mereka masih ada. Curahkan kasih dan sayang sepenuhnya kepada ibu.. Ummi..ma, mak.. Sayang kalian...
Maafkan kesalahan anakmu ini..

"Ya Allah, sayangilah ibubapaku dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihi dan menyayangi ku sejak ku kecil lagi.."




Sekian, waalaikumussalam

Yang sebenar2 mencoret,

MS&MBS (^_^)

Monday, November 1, 2010

Exam Mood

Assalamualaikum....
Hello everyone,
Man Ana?
La Tahzan, La Takhof, Innallaha ma'ana

MBS mulakan post kali ini dengan ayat berikut,erm maksudnya? pandai2 la cari sendiri ye,hehe

Cuma apa yang MBS mahu kongsikan kali ini hanyalah secebis kata-kata yang MBS ingin tujukan kepada mereka yang bergelar insan di bumi IPTA yang akan menjalani peperiksaan akhir tahun x lama lagi.

Ingatlah satu perkara,tuntutlah ilmu sehingga ke negeri China.=)
Juga di musim2 exam ni,banyakkan amal petua2 yang bley menguatkan daya ingatan kita untuk mengingati dengan mudah especially kpada saudari MS yang mempunyai banyak subjek membaca,jadi jangan la dye nak cuba2 makan maggi ye,=)

Untuk diri MBS sendiri,sebenarnya MBS memang jenis x suka study,dari skolah menengah lagi,tapi MBS ske dgr lecturer terang2 kat depan,huhu tapi tula kadang2 dah terdesak kena la study jugak kan,hehe

Pape pon gud luck kepada semua pelajar dan mahasiswa sekalian,semoga kita semua dapat menjawab soalan final dengan jiwa yang tenang,minda ya gterbuka,jiwa yang terbuka dan kenali potensi diri(pinjam ayat ye,=p) hehe

Sekian saje celoteh MBS pada kali ini,Assalamualaikum....

Thursday, October 14, 2010

Sharing Is Caring,=)

Assalamualaikum,post kali ini MBS x mahu bercerita panjang,cuma MBS cuma mahu mengatakan bahawa MBS sudah berpunya!!! huhu statement yang sangat mengada-ngada(kalo ikut si dye berkata2 la,)hehe.

Kali ni MBS cuma nak satu je perkara iaitu Sharing Is Caring.And MBS rasa ayat itu memang bersesuaian sekali dengan jiwa MBS sekarang.Ape yang dye makan,MBS pon nak makan lauk yang same,walaupun kadang2 ada lauk yang MBS x makan,tapi bila dye request,MBS akan makan,walaupun mulut tak brape nak makan,tapi hati berasa senang sekali kerana dapat makan bersama-samanya.

Jadi pada pendapat anda,apakah yang telah terjadi kepada saya?hee

Sekian,Terima Kasih,=)

Tuesday, August 31, 2010

Menuju Jalan Yang Lurus.....

Assalamualaikum.....

MBS mulakan post kali ini dengan laungan kemerdekaan.....
MERDEKA!!!
MERDEKA!!!
MERDEKA!!!


Laungan keramat ini telah menjadikan Malaysia sebuah negara yang bergantung pada diri sendiri dan bebas dari ancaman penjajah dari sudut ekonomi,politik dan sosial.Sesungguhnya kita hendaklah bersyukur kerana sentiasa diberikan keamanan untuk terus tinggal di negara ini.


Tetapi apa yang hendak MBS katakan pada kali ini bukanlah tentang kemerdekaan yang kita kecapi pada kali ini tetapi lebih kepada bagaimana kita menyesuaikan diri kita dalam erti kemerdekaan pada kali ini.


Haruslah semua orang tahu untuk mencapai kemerdekaan pada hari ini,segala pengorbanan dan kerjasama dari semua pihak diperlukan.Tetapi pada masa kini apa yang saya dapat lihat kerjasama antara kaum sudah semakin berkurangan dan negara-negara luar hanya menunggu masa dan ketika untuk menjajah Malaysia kembali.


Jadi,persoalaannya di sini,jalan manakah yang harus kita tuju setelah Tunku Abdul Rahman membukakan jalan untuk kita tetapi kita masih tidah mengikutinya.Sebagai sebuah negara yang Islam,kita hendaklah sedar bahawa kita mempunyai pegangan dan akidah untuk kita menuju jalan yang lurus.


Tetapi adakah kita sedar jika kita tidak menunaikan solat 5 waktu sehari semalam,maka jalan lurus yang kita tuju itu lambat laun akan tertutup dan jalan yang tinggal hanyalah jalan menuju ke neraka Allah yang penuh dengan azab...


Adakah kita mahu jadi seperti itu?
Manusia pada hari ini bukan sahaja tidak mengambil endah tentang hal2 dunia pada hari ini malahan akhirat juga dipinggirkan.Jika kita tidak meneruskan perjuangan pejuang-pejuang kita untuk menegakkan kemerdekaan,maka kita akan hancur.Tetapi kita juga haruslah sedar bahawa jika kita tidak mempunyai pegangan dan kepercayaan kepada Allah,maka jasmani dan rohaninya kita akan dijajah oleh musuh yang nyata dan musuh tidak nyata.


Jadi renung-renungkanlah tentang hal ini,masalah ini,dan jadikanlah erti kemerdekaan ini satu erti yang boleh menjadikan kita lebih matang dalam berfikir dan membuat keputusan,Insyaallah....


P/S: Hari ini dan semalam:


Semalam:
Aku merintih kepiluan di saat kau melafazkan kata-kata tersebut namun ku tetapkan imanku,kuatkan akidahku dan ku melalui hari itu dengan tenang walaupun jauh di sudut hatiku kepedihan itu tetap terpalit di dalamnya.


Hari ini:
Pengalaman yang sedikit mengajar kita seribu perkara tentang hidup.kadang-kadang kita tidak mampu berdiri seorang dan pada saat ini,pada ketika ini,aku sedar aku memerlukan sokonganmu untuk ku jadikan sebagai semangatku untuk menjalani hari-hari yang mendatang,aku berharap tuhan tidak membolak-balikkan hatiku dan telah menjadikanmu pilihan yang tepat untuk diriku di dunia dan di akhirat.


Akhir kata seribu kemaafan dipinta darimu atas kelemahan diriku ini dan juga ucapan terima kasih kerana sudi menerangi hidupku ini.Senang dan susah kita hadapi bersama kerana itu semua ujian dari Allah untuk hambanya.


Sekian post untuk kali ini.
Assalamualaikum.....

Thursday, August 12, 2010

A Perfect Start in Ramadhan......

Bulan Ramadhan ialah bulan di mana Allah telah menjanjikan pelbagai rahmatnya akan diturunkan kepada umatnya yang bergelar Islam di mana syaitan-syaitan telah dikunci dan pintu kerahmatannya telah dibuka seluas-luasnya.

Sebagai seorang umat Islam,MBS juga tidak terlepas dari kewajipan menunaikan ibadah puasa ini memandangkan ia adalah merupakan salah satu rukun Islam.

Tetapi untuk post kali ini,MBS tidaklah mengfokuskan sangat tentang hikmah kita bepuasa di bulan Ramadhan ini kerana MBS tahu pembaca sekalian lebih mahir dari MBS tentang hikmah yang kita dapat dalam bulan yang penuh barakah ini.

Cuma MBS mahu berkongsi sedikit ilmu dengan para pembaca tentang cara kita untuk mengekalkan ibadah kita di bulan puasa kerana seperti yang lazim berlaku di Malaysia khususnya,10 solat tarawikh yang pertama,suasana di setiap masjid sangat meriah kerana dihadiri oleh segenap lapisan masyarakat umat islam untuk menunaikan tarawikh.

Tapi apabila sudah lebih daripada 15 ramadhan dan keatas kita dapat melihat bilangan susutan jemaah yang berpusu-pusu ke masjid walhal kita sudah mengetahui bahawa Allah akan menurunkan rahmatnya lebih banyak pada penghujung Ramadhan dan juga satu malam yang penuh barakah iaitu Malam Lailatul Qadar.Tetapi kenapakah perkara ini berlaku pada umat bangsa Melayu yang bergelar Islam pada hari ini?

Pada pendapat MBS,ini kerana mereka sudah lupa untuk melakukan Istiqamah.Seperti yang kita tahu Istiwamah bermaksud melakukan sesuatu perkara secara konsisten dan Allah lebih menyukai dan menyayangi hambanya yang melakukan ibadah secara berterusan berbanding mereka yang melakukan pelbagai ibadah dalam satu malam kemudian meninggalkannya pada hari yang berikutnya.

MBS ingin berkongsi sedikit ilmu yang MBS ada dengan para pembaca sekalian,tahukah anda apakah itu keramat?

Keramat atau karamah ini adalah satu kelebihan yang dikurniakan Allah kepada hambanya yang terpilih.Tetapi ia diberi pastinya kepada hambanya yang bergelar manusia biasa dan bukannya nabi kerana seperti yang kita maklum kelebihan yang diberikan allah kepada nabi digelar mukjizat dan ia adalah satu tahap yang berbeza dengan karamah.

Tetapi bukan karamah yang menjadi fokus pada kali ini,tetapi MBS ingin menceritakn bahawa melakukan perkara secara Istiqamah akan mendapat darjat yang lebih tinggi di sisi Allah daripada karamah.Seperti yang saya nyatakan sebentar tadi,Allah menyayangi hambanya yang sentiasa konsisten melakukan kebaikan di sisiNya.

Jadi dalam bulan Ramadhan ini,marilah kita berlumba-lumba mencari keredhaan Allah dan juga mencari keberkatannya dan sesungguhnya kita hendaklah melakukan sesuatu kebaikan itu secara berterusan agar kita dapat menjaga diri kita dari dibelenggu oleh mush nyata dan tidak nyata.

Itulah saja sedikit bingkisan dari MBS mengenai diri kita untuk menghadapi Ramadhan yang penuh berkat ini.

P/S: Ucapan terima kasih kepada roommateku,Huzaifi,Khir dan Adam yang sudi berbuka puasa bersamaku di Tanjung Lumpur pada hari pertama puasa Ramadhan pada tahun ini.
Juga ingin MBS luahkan sedikit kata-kata kepada saudari MS supaya menjaga kesihatan di dalam bulan Ramadhan ini.Bertadarus,bertarawikh,solat sunat adalah perkara yang MBS tau MS akan lakukan sebagai ibadah di bulan puasa ini tetapi ingatlah setiap saat perbuatan kita juga dikira ibadah asalkan niat kita adalah kerana Allah.Sesungguhnya MBS berharap MBS dapat membawa MS ke jalan yang diredhai Ilahi......

Saturday, July 31, 2010

2 minggu yang sangat bz.....Part 2

Assalamualaikum

Ok,tanpa melengahkan masa MBS ingin menyambung kembali aktiviti yang MBS jalankan pada minggu yang bz ini.

18/7/2010-Ahad
Pada hari ini MBS bersama geng-geng Martial Art MBS ada event unofficial konvoi yang agak besar jugak la bagi kami iaitu mengembara ke kawasan kebun rumah MBS dan jugak rumah mak sedara salah seorang ahli martial art MBS.

So pada pagi Ahad ni,kitorang bertolak dari UMP Gambang pada jam 10 pagi di depan KK4.
Dalam 10 biji motosikal dan dua biji kereta,kitorang pon memulakan perjlanan menuju ke Felda Chini Timur 2,menuju ke rumah MBS,di belakang rumah tu ada kebun.Buat masa sekarang family MBS x stay kat rumah tersebut kerana faktor2 tertentu.

So nak dijadikan cerita kitorang pon bergerakla ke rumah MBS dan sampai dalam pukul 11 lebih camtu la.Sampai2 je kat kebun tu masing-masing menuju ke kawasan bawah pokok durian untuk mencari durian dan ada jugak yang memetik buah rambutan di sebelah atas dusun.
Then kitorang pon makan n mkan n mkan smpai tengahari.

Pastu memulakan pulak perjalanan menuju ke rumah mak sedara Gaus untuk tujuan yang sama.Mencari buah buahan untuk dimakan secara percuma hehe.Tetapi perjalanannya agak mencabar sket la sebab dari Chini ke Maran agak jauh dan kami terpaksa merentasi laluan berbukit dalam keadaan hujan yang lebat dan ia sangat mencabar bikers2 sume hehe.

Tapi alhamdulillah la sampai jugak Maran walaupun dalam pukul 5 ptg camtu,huhu dan kami memulakan operasi yang serupa seperti di rumah MBS iaitu mencari buah-buahan dan membawa balik ke UMP.

Tapi before kami balik ke UMP kami singgah ke Kuantan,rumah salah seorang tenaga pengajar dan di situ MBS dapat merasai buat pertama kalinya Pulut Durian dan ia sangat sedap huu.After that kitorang pon beransur pulang ke UMP dalam keadaaan yang sangat exhausted hehe.

19/7/2010-Isnin
As usual ada lecture kat UMP Pekan pada siang hari dan training martial art pada malam hari.
20/7/2010-Selasa
As usual jugak,lecture di siang hari dan ada demonstrasi penerangan di KPTM Kuantan.Balik2 je demo tros smbung kelas latihan di UMP
21/7/2010-Rabu
Pada hari Rabu,kelas di siang hari dan ada persembahan demonstrasi di UMP pada malam
harinya.Tetapi tula,SI DYE tidak dapat melihat MBS membuat demonstrasi kerana kekangan masa dan jugak si dye yang ada meeting di masjid.tapi xpela nnti MBS harap DYE dapat jugak melihat MBS beruniform martial art ni.hehe
22/8/2010-Khamis
Kelas padda sebelah pagi kemudian bergerka bersama Acai n Syahmi dari UMP Pekan pada sebelah petang untuk ke UMP Gambang kerana pada sebelah malamnya ada majlis berzanji.
Before p majlis tu kitorang smpat melencong ke pasar malam dan membeli makanan untuk MBS berbuka nanti,X lupa jugak untuk si dye,MBS telah belikan beberapa jenis makanan supaya dye dapat makan untuk dinner hee.Then majlis berzanji pon start n berjalan lancar seperti biasa.
22/9-24/9/2010-Jumaat-Ahad
Ada seminar SPRM di Carlton Holiday,Shah Alam.Walaupun tidak berapa minat untuk mengetahui tentang SPR ini tetapi telah diberi amanah untuk memegang jawatan dalam SPR UMP,jadi saya pon akan berusaha untuk menjadikan sekretariat ini satu sekretariat yang aktif.
Itu sajalah post sy utk kali ini.Diharapkan kepada semua yang membaca dapat mengambil input daripada apa-apa saja yang saya beritahu untuk post kali ini.
N as usual saya x lupa kepada saudari MS yang akan menyambut hari lahirnya x lama lagi,saya harap saya dapat berada di sisimu pada hari tersebut untuk bersama-sama menyambut dan meraikan hari lahirmu......
Sekian,Salam Alaikh

Sunday, July 25, 2010

2 minggu yang sangat bz.....Part 1

Assalamualaikum....

Sudah agak lama rasanya MBS tidak membuat post baru untuk blog MBS ni.Actually MBS kalo boleh everyday nak update blog MBS dan juga memberitahu kalian tentang isu-isu semasa yang ada kaitan atau pun tiada kaitan dengan MBS.Tetapi kesibukan untuk 2 minggu pertama pada sesi baru ini telah menghadkan aktiviti MBS di depan laptop.Even Facebook pon MBS bukak hanya once or twice a week dah sekarang.But MBS x mengeluh keranan this is the path that i choose,so take it or leave it.

So kali ni MBS hanya nak berkongsi dengan hadirin semua berkenaan jadual MBS yang pack dalam 2 weeks ni la kan.

First thing yang MBS lakukan bila balik je dari home sweet home saya terus ada meeting PSSCM,erm sape yang tau what it stand for tau la,sape yang xtau find la sendiri k hehe,ok back to the story.Besela dah start semester baru la katakan,so meeting untuk future planning kena la dibuat tol x hehe.Then after meeting pada Ahad malam(11/7/2010) saya pun pergilah tengok Final World Cup kat kedai makan.


12/7/2010-Isnin

Kelas first day banyak tade,so conclusionnya Public Holiday @ Spain menang World Cup,ada kaitan ke?huhu pape pon pada siang harinya MBS just roaming aroud kt atas bed jela huhu.But for the night,MBS dah start training for my seni mempertahankan diri sebab kitorang akan buat demonstrasi untuk tarik kemasukan ahli baru ke dalam persatuan martial art kami.So practice la and practice.atraining habis jam 3 pagi.

13/7/2010-Selasa

Still the same,siang pergi ke kelas dan malam ada kelas latihan martial art.Training habis jam 3 pagi.


14/7/2010-Rabu


Hari siang pergi ke kelas,and malam tu ada persembahan demonstrasi kami yang pertama bertempat di sebuah politeknik di Kuantan.So kitorang pon buat yang terbaik dan that night saya di bilik pada jam 3 pagi.


15/7/2010-Khamis


Kelas as usual,then malamnya saya dan semua ahli martial art ada pengisian rohani,kitorang dengar ceramah israk mikraj dari seorang ustaz yang work at JAIP.So the event end at 10 p.m and that night is the first night i sleep early at 1 a.m.


16/7/2010-Jumaat


MBS tiada kelas pada hari ini so pada paginya MBS pergi ke pejabat SUKSIS(Sukarelawan Siswa Polis) untuk ambil but kawad dan juga badge naik pangkat.huhu
Then after Solat Jumaat MBS tolong setup booth utk pengambilan ahli baru martial art MBS tu.
Pada sebelah petang tu plak,martial art MBS ada wat tahlil di rumah salah seorang ahli lama martial art MBS tapi MBS tak dapat hadirkan diri kerana schoolmate MBS waktu secondary school yang study kt oversea ajak kuar.Maklumla dah lama x jmpa kan huhu so kitorang pin kuarlah.Tetapi pada malam nya MBS still ada training for martial art MBS and as usual my sleep routine is at 3 pagi hehe.


17/7/2010-Sabtu


MBS ada training SUKSIS iaitu kawad bersenjata dari 6.45 pagi until 5 p.m.And that night ada martial art training as usual and routine sleep as usual at 3 a.m.

Erm untuk post kali ini MBS just inform hadirin pasal the first week dulu la.Then next time post will be the 2nd week of my busiest schedule hehe.

For now that's all,and tak lupa kepada saudari yang hamba kasihi,syukran kerana bersabar dengan kesibukan hamba dan dapat memahaminya.Let us look forward for a better future.

Sekian,Salam alaikh

Sunday, July 4, 2010

Mood..........

Assalamualaikum...

Baiklah untuk posting kali ini MBS xnak berceloteh banyak sangat cuma MBS cuma nak berkongsi pendapat MBS berkaitan dengan MOOD atau pun dalam bahasa ibunda MBS ia dipanggil PERASAAN if i'm not mistaken la hehe.

So,ada apa dengan MOOD?



Kisah yang pertama:



Seorang student sedang menghadapi his final exam in the semester and the subject is very tough.So he need to struggle to make sure that he can score a good marks for his final.Everyday he is studying days and night.His stress level is now become more and more higher.



So what do yout think the MOOD he is right now?



Kisah yang kedua:




Pelajar ini baru sahaja selesai mengambil peperiksaan akhir tahun dan telah membuat planning untuk pergi menghiburkan hatinya di waktu kelapangan ini.So dye pon buat keputusan nak pergi la shopping mall.Pergi berkaraoke,tengok wayang,main bowling(perkara yang anak muda biasa lakukan) then merempit(hoho MBS x buat cmni k hehe)


So what do yout think the MOOD he is right now?





Kisah yang ketiga:




Musim World Cup pon bermula,lalu si pelajar ini pun tidak ketinggalan untuk menyaksikan tournament yang hanya diadakan 4 tahun sekali ini dan pelajar ini juga mempunyai team pilihannya.

Pada peringkat kumpulan,team pilihannya semua melepasi halangan walaupun ada yang last minute.Then bila masuk je knockout stage,team pilihannya yang pertama pun disingkirkan.....
Tapi team pilihan kedua dan ketiganya masih lagi ada dan melayakkan diri ke quarter final dengan bergaya apabila masing-masing berjaya memenangi perlawanan dengan penuh keyakinan.
So quarter final pon bermula,team pilihan keduanya bermain pada match yang pertama dan menghasilkan aksi yang hebat pada first half but everything change in football apabila masuk second half his second choice team lose and a very shock lose.
Diikuti pula oleh team pilihan ketiganya yang turut kecundang pada perlawanan suku akhir ini.


So what do yout think the MOOD he is right now?




Tetapi itu semua kisah-kisah yang dihadapi oleh seorang sahabat MBS ni la kan cuma MBS nak beritakan la kepada anda semua that whatever we do,however we feel we must remember that Allah is always by our side....


P/S:Pertukaran kata ganti diri nama pertama untuk hamba.Sekarang hamba bergelar MBS.And inspirasi pertukaran nama ini tidak lain dan tidak bukan adalah daripada orang yang MBS sayangi iaitu saudari MS(bukan nama sebenar)huhu.

Sekian,Arigato Gozaimasu.......

Monday, June 21, 2010

Finally....

Assalamualaikum....

Finally!
Akhirnya!

Selepas penantian yang agak lama,akhirnya dapat juga hamba menyaksikan pasukan kesukaan hamba iaitu Portugal bermain satu permainan yang cantik dan kemas menentang North Korea seperti mana yang hamba main dalam PES 2010. A breathtaking run by the players on the right and left hand side of the field had give Portugal a huge advantage compare to Ivory Coast yang akan menentang North Korea pada last fixture on the group stage.Special praise should goes to Carlos Queiroz the Portugal coach that have made 4 changes compare to the team that play a goalless draw again Ivory Coast.And of course this is the biggest win in the Fifa World Cup 2010.

Finally!
AKhirnya!

Selepas penantian hampir 2 tahun,Cristiano Ronaldo(CR7) finally end his goal drought at the international level with what i might say a cute little juggling before tap in the ball in the back of the net of North Korea goal post.And yup he deserve the goal after twice hitting the post and crossbar in each game again Ivory Coast and NOrth Korea respectively.Viva C.Ronaldo!!!

Finally!
Akhirnya!

A significant win of 7 goals againt North Korea with the Portuguese captain also wearing the no 7 shirt and untuk menambahkan lagi signifikannya bagi hamba.That's is my favourite number.So what a lucky day for me today.Alhamdulillah god know doa hambaNya.huu

Finally!
Akhirnya!

The last fixture of Group G is promising a huge potential between this 3 teams(North Korea had been eliminated)
when Portugal again Brazil adn Ivory Coast again North Korea.If Ivory Coast can score more than 7 goals and Brazil win 3-1 again Portugal then The Elephant(nickname for Ivory Coast) will qualify for the next round.But i doubt that will happen because when Portugal in this form even the mighty Samba must be caution and without Ricardo Kaka who had been sent off again The Elephant,Raul Meireles and co. had a great opportunity to conquer the midfield area and create the chances for CR and the strikers to soak up the pressure and hit Brazil on the counter....Viva Portugal!!!

Finally!
Akhirnya!

Semester pendekku di Universiti Malaysia Pahang(UMP) akan berakhir pada minggu hadapan,dan akhirnya dapat juga aku menonton perlawanan World Cup ini di rumah.Barulah boleh buat trademark,Makan Bola,Tido Bola,Dan sume Bola huhu.
Tapi yang pasti final is final,If the football player work hard to get the excellent result,same goes to me.Hamba harus lakukan yang terbaik in the final.Fighting!!!

Finally....
Akirnya...

Kepada saudari yang saya sayangi,(xpekan saya panggil camtu? hee)after short semester ni jangan lupa ur date with the specialist k,i hope it will be the last treatment for ur skin affection so that nanti dapatlah kita jog together again after subuh k,huu with Mu of course(saya doakan dye cepat sembuh jugak huu).....

P/S: As Usual,saya ingin memohon maaf jika ada kesilapan dalam post saya pada kali ini dan kepada cik saya harap cik dapat iringi saya,perbetulkan saya jika saya tersilap untuk kita bersama mengejar kerahmatan dah kebahagiaan di dunia dan di akhirat berlandaskan paksi Agama Allah yang nyata....Insyaallah.... We'll find the way....

Sekian sajelah post untuk kali ini,

Assalamualaikum......

Wednesday, June 16, 2010

Meniti Hari Dalam Bulan Rejab,Syaaban dan Ramadhan Episod 1

Assalamualaikum,

Muharram,Safar,Rabiul Awal,Rabiul Akhir,Jamadil Awal,Jamadil Akhir,REJAB,SYAABAN,RAMADHAN,Syawal,Zulkaedah,Zulhijjah....
Ini ialah nama-nama Bulan mengikut kalendar Islam.Adakah anda tahu bilakah kalendar Islam ini mula digunakan? Cik tau x cik?kalo cik tau please leave ur comment ye?hehe
Baiklah tapi itu hanya mukaddimah dan persoalan yang ingin hamba lontarkan pada kalian semua untuk post pada kali ini.
Tetapi perkara utama atau pon perkara pokok yang ingin hamba utarakan pada kali ini adalah berkenaan betapa banyaknya nikmat kurniaan yang Allah kurniakan kepada kita dalam setahun dan terutamanya pada 4 bulan ini iaitu Rejab,Syaaban,Ramadhan dan Syawal.
Tapi hamba hanya ingin sentuh mengenai 3 bulan sebelum Syawal ini sahaja kerana hamba pasti kalian semua lebih mengenali bulan Syawal lebih dari hamba memandangkan bulan ini adalah bulan selepas kita menahan nafsu kita dari semua segi.Tapi taukah kalian bahawa 3 bulan sebelum Syawal ini juga mengandungi 1001 nikmat yang Allah turunkan kepada kita,cuma kita je yang buat2 x tahu dan x ambil peluang.Alangkah ruginya kita.
Hamba memulakan cerita hamba mengenai Bulan Rejab dulu.Sesungguhnya bulan Rejab ini adalah istimewa bagi hamba kerana menurut mak hamba yang tercinta hamba dilahirkan dalam bulan ini pada 5 Rejab kalau x salah hamba.
Jadi ada apa dengan Bulan Rejab? Pada bulan ini peristiwa yang penting dalam sejarah Islam ialah Isra' Mikraj iaitu pengembaraan Nabi Muhammad bersama Malaikat Jibril dan Israfil dari Masjidil-Haram ke Masjidil Aqsa yang dikenali sebagai Isra' dan juga perjalanan baginda naik ke Hadhratul-Qudus untuk menemui Allah yang dipanggil Mikraj.
Tahukah juga anda bahawa setiap amalan kebaikan yang anda lakukan pada bulan ini akan dilipat gandakan oleh Allah.Subhanallah.Tersangat la mudah untuk kita mendapatkan keberkatan dan rahmat dariNya tetapi kita tetap tidak ambil endah tentang perkara ini.
Hamba berkata ini pon kepada diri hamba yang lemah ini sendiri dan sesungguhnya jika kita membaca tentang rahmat yang Allah bagi dalam bulan ini,sampai 100 pages post ni pon x ckup nak describe one by one.Jadi kalo nak tahu lebih lanjut search jela info-info terkini di ILuvislam.com sebab hamba yang kecetekan ilmu ini pon dapat berkongsi ilmu dengan kalian semua atas ilmu yang hamba dapat sama ada melalui lisan atau pon bertulis.
Jadi setakat itu dululah penerangan hamba untuk Bulan Rejab.Jika kalian mahu mengetahui tentang fadhilat pada Bulan Syaaban dan Ramadhan.Kalian harus...lah... tunggu......
Sabar is a part of iman. hehe
Kepada saudari yang hamba kasihi,hamba harap saudari juga dapat berjalan seiringan dengan hamba untuk mencari kasih Ilahi pada bulan-bulan rahmatnya ini.Insyaallah we'll find the way.
Assalamualaikum.........

Sunday, June 13, 2010

Corat-Coret Piala Dunia 2010






Demam Piala Dunia 2010 baru saja bermula pada 11 JUN 2010 yang lalu iaitu Hari Jumaat.Pada tahun ini venuenya bertempat di South Africa atau dalam bahasa Melayunya ialah Afrika Selatan.Jadi sebanyak 32 pasukan dari seluruh pelusuk benua di dunia ini menyertai pertandingan yang berprestij ini dan kesemua pasukan ini telah dipecahkan ke dalam 8 kumpulan so korang pandai-pandai la fikir brape pasukan dalam satu kumpulan.

Ok la itu just introduction untuk topic hamba kali ini sebenarnya.Sebenarnya demam Piala Dunia kali ini hamba takde feel sgt la,hamba pon xtau kenapa maybe sbb dlu time World Cup 2002 and 2006 dulu hamba menonton bersama-sama schoolmate kat asrama kan,jadi suasananya sangat la meriah dan happening.
Untuk World Cup kali ini hamba tengok pon x ramai n kalo balik kt hostel kat UMP pon xde orang sgt nak tgk,yela berapa kerat la sangat amik short sem kan huhu jadi suasana tu yg buatkan jadi x bes kot.

Xpela tu kan,itu hal hamba hehe.tapi untuk World Cup kali ini hamba harap pasukan pilihan hamba akan berjaya merangkul augerah paling berprestij untuk sukan bola sepak ini iaitu Malaysia......
Oppss silap Malaysia x masuk,hehe so hamba menyokong beberapa pasukan yang akan lenjulang Piala Dunia untuk tahun ini iaitu Portugal dan Brazil serta South Korea.
Hamba ada melihat perlawanan pembukaan antara South Africa dan Mexico ari tu dan alhamdulillah perlawanan itu sangat menarik dan tidak mengecewakan walaupun perlawanan berakhir dengan keputusan seri(1-1).


















So pasukan yang saya target menang saya dah umumkan,jadi untuk Player of The tournament plak,sapekah yang anda rasa?


Kalau nak diikutkan statistik untuk opening match setakat ni la,hanya a few stars yang menepati ramalan untuk menyinar di pentas World Cup ini diantaranya bintang cilik dari Argentina,Lionel Messi dan Kapten South Korea,Park Ji Sung.


Malam tadi merupakan perlawanan kumpulan G yang menyaksikan keputusan seri(0-0) antara Portugal menentang Ivory Coast dalam perlawanan yang agak flat dan tidak berapa menarik.


Hamba sedikit kecewa jugak la dengan corak persembahan Portugal yang tidak bermain cantik sedangkan kebanyakan pemainnya adalah pemain yang mempunyai skil tinggi.


Bagi hamba permulaan game untuk World Cup tahun ini tidaklah begitu hambar dan tiada kejutan dilakukan oleh negara-negara yang dilabelkan sebagai pilihan.So siapakah anda rasa pilihan untuk menjuarai Piala Dunia kali ini?

Dan persoalan yang kedua,bilakaha agaknya kita akan menikmati perasaan yang serupa seperti dialami oleh negara Jepun dan South Korea.


Jadi fikir-fikirkan dan renung-renungkan hehe.
P/S: Ahlan wasahlan 3 Rejab,semoga hariku pada hari ini dicurahi cahaya keberkatan dari Ilahi,INsyaallah.....